12 Februari 2013

Alhamdulillah,ya RABB!

                                                                  *kredit*


Dibilik kecil itu..
Dirinya melaksanakan tanggungjawabnya..
Yang menghampiri waktu penamatnya..
Pertama kalinya dia meminta..
Kedengaran yang menyentap qalbinya..
Dikuatkan hatinya!
Tika dan usai mengerjakannya..
Permata jernih gugur tanpa dipinta..
Berfikir sampai bila harus menghadapNYA..
Dengan keadaan yang meresahkan hatinya..
Walhal baru seketika dirinya berada di alam baru..


Pada mulanya..
Dirinya cuba untuk bertahan..
Namun..
Setiap kali dirinya melaksanakannya..
Hujan turut membasahi bumi..
Hari semakin berlalu..
Tanpa diduga, dirinya mampu meniti harinya..
Mengharap dikuatkan hatinya..
Untuk melaluinya..

Disaat dirinya rapuh..
Khabar gembira menerpanya..
Yang dinantikannya selama ini..
Walaupun tidak mengharap setinggi gunung..
Tetapi..
Memberikan sinar bahagia buatnya..
PenciptaNYA mempermudahkan segalanya..
Kalimah Alhamdulillah berterusan dibibirnya..
Mengucapkan syukur yang tidak terhingga..
Syukran, ya RABB..


Dibilik kecil itu..
Dirinya tetap melaksanakannya..
Ada tikanya kepenatan menguasai dirinya..
Dikuatkannya jua!
Dalam dirinya menghitung hari..
Dulu hanya dirinya..
Kini, ada yang telah menemaninya..
Alhamdulillah!
Bila tiba masanya..
Mengharapkan mereka istiqamah dalam melaksanakannya..
Yang lain,begitu jua..
Walaupun disaat itu..
Dirinya tidak lagi menemaninya..
Tetaplah kamu melaksanakannya..
Alhamdulillah,ya RABB!


-Bintulu,Sarawak-

Islam itu indah,jangan disusahkan!

                                                       *kredit*


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.. :)

Terlebih dahulu, penulis nk minta maaf sbb dh lama x update blog ni..sbnrnya, byk cerita dan pengisian yang penulis ingin kongsikan walaupun penyakit M sntiasa ada dlm diri penulis ni..hOhO
Dengan izin Allah, penulis berkesempatan gak nk menulis, wpun kdg2 mmg blur dan xde idea nk merapu ni..hehe
Penulis harap apa yg ingin penulis kongsikan kali ini ada inputnya..amin,insyaAllah. :D

Dialog pekerja lama dan pekerja baru..

Pekerja lama: You all melayu bknnya smbhyg hr jumaat sj ke?
Pekerja baru: Eh, xla..yg jumaat tu solat jumaat,kat masjid dan wajib untuk lelaki.
Pekerja lama: Oooo, mcm tu..hbis tu,yg U slalu smbhyg kt bilik tu smbhyg apa?
Pekerja baru: Yg tu, solat fardu..kna buat setiap hari dan wajib untuk lelaki dan perempuan.
Pekerja lama: (Buat muka pelik)Oooo..ingatkan U all melayu smbhyg hari jumaat sj, sbb dlu sy sekolah sy tgk hr jumaat msti ramai orang.Tp,knp U sorg sj yg smbhyg, yg lain x buat pn?
Pekerja baru : (Gulp!Soalan cepumas)Hurm..(mencari-cari idea nk explain spy bg “fhm”)
Contohnya, kat Malaysia. Di jalan raya ada lampu isyarat, 3 wrna yg smua org tahu..tp, knp masih ada gak org nk langgar undang2 tsbut? So, sma la dlm sembhyang ni..dlm Islam mmg wajib,tp mcm yg lampu isyarat td, da gak org nk langgar..lbh kurg cmtu la..
Pekerja lama: Oooo..ok2,fhm2.

[Sekiranya anda berada situasi diatas seperti “pekerja baru”, apa yang anda lakukan? soalan lazim..hehe]

Mungkin ada diantara kita yang pernah mengalami situasi diatas.Orang lain menanyakan mengapa dan kenapa kita melakukannya,padahal orang lain tidak  x walhal kita adalah “satu “..  :)
Penulis pasti, sekiranya anda berada situasi diatas, anda juga mungkin  seperti “pekerja baru” yang terkial-kial untuk menjelaskannya..padahal ia adalah perkara yang mudah, kerana setiap hari kita umat Islam melaksanakannya..insyaAllah. Tetapi, ia tidaklah semudah yang disangka kerana untuk membuatkan orang faham apa yang kita cuba jelaskan adalah amat payah sekali..bukan semua orang boleh menerimanya..kan? :D

Berbalik situasi diatas, pekerja lama menanyakan solat kepada pekerja baru.Hurm...
Islam itu indah, jangan disusahkan!
Mengapa? Untuk melaksanakan solat, bukannya perkara susah. Yang susah itu, adalah diri sendiri. ;D
Diri sendiri yang memberikan pelbagai alasan,rungutan, untuk melaksanakannya. Seperti yang kita tahu, amalan yang mula-mula dihisab ialah solat. Sekiranya amalan solat kita baik,insyaAllah yang lain akan baik juga. Amin, insyaAllah.

“Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” [2:45]
                                                         *kredit*

Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Allah cuma meminta kita sedikit waktu untuk melaksanakan solat 5kali sehari..dibuatnya Allah tetap meminta kita melaksanakan 50kali sehari seperti sejarah Rasulullah yang meminta kepada Allah mengurangkan waktu solat 50 kepada 5kali..tetapi,untuk melaksanakan 5kali juga amatlah payah sekali..tepuk dada,tanya hati. Eh.
Hidup kita ni macam roda..kadang-kadang diatas,kadang-kadang dibawah. Macam tu juga iman kita yang selalu turun naik. Bila iman berada dilandasan tertinggi, bersemangatlah kita untuk mengerjakan ibadah..insyaAllah.
Kalau iman dibawah dan turun? Kemalasan tahap gaban melanda diri..solat pun di akhir2 waktu.. :(
Sebenarnya amat mudah dan senang nak jaga solat awal waktu, tapi kita ni selalu cipta alasan, penghalang, pendinding..Eh.

Penulis pernah terbaca (maaf, xingat link apa) azab melengah-lengahkan solat..kalau azab didunia,ketika di liang lahad akan munculnya seekor ular hitam besar dan azabnya sama seperti kita tidak solat langsung. Nauzubillahminzalik.
Dan kesian gak kat posmen kita yang merayu kat malaikat disetiap pintu langit untuk menerima amalan solat kita. Sekiranya solat diawal waktu, maka senanglah posmen melepasi disetiap pintu-pintu tersebut dan sebaliknya.
[untuk kepastian, cubalah untuk mencari ye.. :) ]

Bak kata Ustaz Azhar Idrus, walaupun kita “terpaksa” untuk solat..mungkin dengan “terpaksa”, kita akan isti.qamah dalam melaksanakannya..Amin,insyaAllah.
Kesimpulannya, laksanakanlah solat  walaupun ada yang terpaksa penat sedikit untuk melaksanakannya..mungkin dalam mencari cinta sang Ilahi, ada suara-suara sumbang, mata melilau dengan perbuatan kita dan bercerita dibelakang, biarkanlah..mungkin dengan perbuatan kita tersebut, dapat menarik orang lain disekeliling kita..insyaAllah.

Dan mungkin pada mulanya kita akan merasai pahit, tetapi kemanisannya akan datang samada lambat atau awal..hanya Allah yang mengetahuinya.
Dan,sekiranya niat kita baik dan seiring dengan perbuatan, dengan izin Allah keputusannya adalah osem! :D


Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruknya dari penulis sendiri.. :)