20 Julai 2013

Hingga penghujungnya…

                                                            [kredit]

Alhamdulillah..
Doanya dimakbulkan..
Dirinya akan pergi dari bilik kecil itu..
Itulah yang dipintanya…
Walaupun tika itu tidak keseorangan lagi..
Ketika melaksanakannya..
Perlahan langkahnya untuk pergi…
Berdoa dan mengharap mereka tetap melaksanakannya..


Hari pertamanya…
Cuba untuk memahami tugasnya..
Tanggungjawab yang berat memikul..
Agak sukar dari jangkaannya…
Pernah dirinya hampir rebah..
Memikirkan dirinya mampu atau sebaliknya..
Hari makin berlalu..
Dikuatkan jua hatinya..
Cuba untuk bertahan tempoh yang ada..
Sebelum tersungkur lebih parah..
Niat lillahi taala menjengah difikirannya..
Membuat dirinya bangkit..


Tika ini..
Mengharapkan diberikan kekuatan dibulan mulia ini..
Dirinya diuji tika ini..
Terlepas jua tersirat dikalbunya..
Tanpa diduga..
Permatanya membasahi bumi..
Tiada siapa disisinya..
Ingin diluahkannya..
Kemana dirimu pergi..
Dirinya alpa..
Sang Penciptanya sentiasa disi..
Tapi mengharapkan simpati manusia..
Yang tidak pasti…


Ana ukhibukki fillah!
Itu yang dipegang, dilontarkan..
Tetapi…..
Mengapa dan kenapa..
Disaat dirinya memerlukan..
Anda tiada disisinya..
Membuatkan dirinya makin rebah..
Permatanya tidak dapat ditahan lagi…
Dibiarkan mengalir dengan lajunya..
Ternyata…
Anda bahagia disana..
Berkongsi suka duka…
Bersama kembali dan melupakan yang lain..
Biarlah..
Jika itu membahagiakan…
Dirinya redha..
Usah anda mencarinya..
Itupun jika anda mengharapkannya..
Berbahagialah anda disana..
Semoga berjaya apa yang anda kecapi..
Mendoakan yang terbaik..


Ya RABB,
Kuatkanlah hatiku menempuhinya..
Jangan biarkan emosi menguasai diri..
Di bulan mulia ini..
Tetapkanlah niatku dan ikhlaskan hati dalam melaksanakannya..
Aku berharap detik cepat berlalu..
Menghampiri tempohnya..
Jika diberikan kesempatan…
Hingga  penghujungnya..


Bintulu,sarawak

210713
0500
Qalbi yang parah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan