3 Jun 2012

Tidak seharusnya ada~



                                                                   *kredit*

Diakhirat kelak, akan adanya orang-orang diberikan pakaian yang bercahaya..golongan tersebut adalah golongan yang sentiasa berkasih sayang ketika didunia.. (kredit)

..Di dalam Islam,kita dituntut agar sentiasa berkasih sayang terutamanya sesama manusia..tidak kira lah dengan ibu bapa, saudara-mara dan sahabat..Namun begitu, penulis jarang sekali melihat kasih sayang sesama sahabat..ini kerana kehadiran sahabat dalam hidup seseorang ada yang mengambil masa dan juga sebaliknya..ia terpulang pada individu..

Kita sering melihat kasih sayang diantara keluarga..Contohnya,kita boleh lihat tika kita kecil,ibu dan ayah menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh sehinggakan tidak membiarkan nyamuk yang kecil itu hinggap ke tubuh badan kita..begitu besarnya kasih sayang ibu bapa yang kita boleh lihat dengan zahirnya..

Tetapi,kita jarang sekali mendengar dan melihat kasih sayang sesama sahabat.. Apa yang penulis ingin coretkan disini ialah kasih sayang dengan sahabat..Penulis pasti setiap individu mempunyai sahabatnya sendiri tidak kira ia dalam bilangan yang ramai ataupun sedikit..tetapi,yang selalu penulis dengar hanya akan ada seorang sahabat yang selalu berada disisi kita tidak kira susah mahupun senang..dan itu bukannya persoalannya disini.. :)

Dan kita juga telah diajari dan seharusnya tahu adab sesama sahabat..Antaranya ialah:
-mendoakan yang terbaik untuk dirinya
-menjadi pendengar yang baik
-sentiasa bersamanya ketika susah mahupun senang
-sentiasa bersangka baik
-saling berpesan antara satu sama lain



Dalam persahabatan,kita juga seharusnya membuang perasaan yang negatif seperti cemburu. Perasaan cemburu adalah virus yang boleh merosakkan persahabatan yang telah lama terjalin..ini kerana hanya disebabkan perasaan yang tidak seharusnya ada itu,akan memberikan kesan yang begitu mendalam pada hari ni dan seterusnya..Maksud penulis,mungkin ada sahabat kita yang boleh memaafkan kesilapan tersebut,tetapi masalah tersebut akan terus menghantui dan boleh menyebabkn kerapuhan ukhuwah tersebut..

…Serapat dan sayang mana pun kita kepada sahabat,akan pastinya ada pergolakan pada ukhuwah tersebut..dan setiap pergolakan tersebut adalah untuk menguji sama ada dirinya adalah sahabat kita atau sebaliknya..ini kerana membina mengambil masa dan meruntuh sekelip mata..maksudnya, untuk mencari sahabat yang betul2 memahami dan menerima diri kita seadanya adalah begitu payah sekali, apatah lagi mencari sahabat yang boleh membawa kita kepada kebaikan..maka, persahabatan yang suci murni tersebut janganlah diruntuhkan dengan perasaan yang tidak seharusnya ada dalam persahabatan..insyaAllah,persahabatan tersbut akan diredhai dan diberkati oleh Allah..insyaAllah..AMIN.


Sabda Rasulullah S.A.W “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

..Ungkapan diatas ada menyebut kita seharusnya memberitahu bahawa kita menyayangi sahabat kita itu..jangan biarkan lafaz tersimpan.. :)

Tetapi, bagi penulis setiap individu mempunyai karakter, sikap dan ragam yang berbeza..Ada yang boleh menyatakan perasaan rindu dan sayang terhadap sahabat dengan mudah sekali tanpa dipaksa sesiapa pun..dan ada juga yang begitu sukar untuk mengaku dan menyatakan perasaan sayangnya itu..mungkin ada cara tersendiri untuk dirinya memberitahu perasaan sayangnya itu terhadap sahabatnya yang mungkin kita tidak boleh nampak dengan mata kasar..sebab itu,adanya ungkapan lebih kurang begini bunyinya, ‘action is better from than words”..renung-renungkanlah.. :)

P/s::: perkongsian ini adalah sebagai peringatan kepada diri penulis juga..dalam persahabatan, tidak seharusnya ada perasaan yang boleh merapuhkan dan mengoncangkan tali ukhuwah persahabatan itu.. :)

..yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk serta khilafnya dari penulis sendiri..




Doa + tawakal..

                                                                     *kredit*


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru berkesempatan nk update blog..alhamdulillah.. :)
Pada entry kali ini,adalah untuk melangsaikan hutang..hehe..hrp2 ada input dan pengisian yang boleh diterima..insyaALLAH.

Persoalannya:
Selalunya kita akan memberitahu banyakkan berdoa dan tawakal..Apakah maksud tawakal yang sebetulnya?Sekiranya kita berdoa,tetapi tidak diiringi dengan tawakal yang betul..adakah doa tersebut berbaloi???..

…Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa dan kenapa penulis menimbulkan persoalan diatas..ada sebabnya..tetapi bagi penulis, setiap individu pasti akan merasa kecewa kerana mendapat hasil yang kurang memuaskan setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya..
Contoh situasi:
Di sebuah universiti..

Bila menjelangnya musim peperiksaan, ramai pelajar yang bertungkus lumus dan bersekang mata untuk mengulangi pelajaran..ada juga pelajar yang hanya belajar soalan spot ataupun mengikut tajuk yang pernah keluar pada semester sebelumnya..ada yang menghafal sampaikan tergolek2 mahupun terguling2 agar apa yang dihafal tidak akan lupa tika menjawab soalan pada keesoknnya..hari yang dinantikan telah tiba akhirnya,maka pelajar pun menjawab soalan dengan tenang..ada juga yang sebaliknya..dan kita sering mendengar, selesai sahaja menjawab, adanya pelajar memberitahu bahawa dirinya telah buat sehabis baik, dan kita berdoa dan tawakal saja.. bila keputusan diumumkan, ada pelajar yang berjaya dan sebaliknya..itulah antara senario sebagai pelajar..(*penulis juga seorg pljr*)


..Apa yang penulis ingin persoalkan disini ialah, kadang kala kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu tetapi hasilnya agak kurang memberangsangkan dengan usaha kita tersebut..sebagai contoh situasi diatas, penulis pasti ramai pelajar yang mengalami keadaan diatas,bukan?belajar sehingga pagi,sanggup tidak tidur untuk menjawab peperiksaan pada keesoknnya, tetapi mendapat keputusan sedemikian..perasaan marah, sedih menyelubungi diri walhal telah berdoa serta tawakal dan mula menuding jari…
..Penulis ingin berkongsi sebahagian jawapan yang penulis perolehi daripada sahabat penulis..”tawakal itu dalam erti kata lain, berserah diri pada Allah..lepas berdoa,mesti tawakal..dan dalam tawakal seseorang akan terselit sabar..tapi, disebabkan tidak bersabar,iman berkurang sbb menyalahkan Allah,dosa pun bertambah..Lepas doa,tawakal.. Itu yang diajar Allah kpd Nabi Muhammad..”Bertawakal lah kepada Allah..Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal”..3:159
..dan penulis terima jwapan tersebut..tetapi,pada masa yang sama penulis cuba untuk mencari jawapan lagi..dan alhamdulillah,pnulis menemukannya..mungkin jawapan penulis lebih kurang sama dengan jawapan sahabat penulis,tetapi jawapan yang betul2 memberikan pencarian yang berbaloi ialah “perancangan Allah lebih sempurna”..hanya sebaris ayat dan begitu ringkas,tetapi memberikan maksud yang mendalam sekaligus memberikan jawapan kepada persoalan diatas..

Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu  yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."(kredit)


.. Walau sebaik dan teratur mana perancangan kita dari A sehingga Z,tetapi jika Allah telah menjadikannya maka segala apa yang kita rancangkan dan rencanakan tidak menjadi kerana perancangan Allah lebih sempurna..ini adalh diantara dugaan yang dihadapi sebagai hamba Allah..kita haruslah sentiasa ingat, setiap dugaan dan masalah yang datang,haruslah hadapinya dengan tenang dan sabar..kerana setiap apa yang berlaku adalah atas kehendakNYA, dan setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..dan sabar itu indah~

..yg baik dtgnya daripada Allah,yg buruk dr pnulis sendiri..