13 Februari 2012

Bila teguran menjadi sindiran…


Bila teguran menjadi sindiran…


*kredit*

Amira: Da pa lg ni??x abs2 annoucemnt dr  td..xtau ke org bz ni, byk keja la..esok nk test ni..xstudy lg..serabut la..suruh turun plak bca yasin..

Athirah:  Entah..dr  td bising..ckp ape, xtau la..bca kt bilik dhla, ni kna trun plak..pksa2 plak tu.

Azmila: cpt  tutup lampu! (pura2  tdo)

Asmida: (Br lps ambik wudhu dan tgh siap2)..hurm..korg  xtrun ke?meh la trun..brp kli dh pnggil ni..

Athirah: mls la..aku da byk keja ni..lgpun sem dpn xdok cni dah..

Amira: aku pn mls..byk keja xsiap ni..nti aku bca kt bilik la..sma gak..

Asmida: hurm..ok..aku trun dlu la.


*cerita diatas adalah rekaan semata2..tiada kaitan yg hdup dan mati..*

Mungkin diantara kita pernah mengalami situasi diatas..jadi, apa yang anda akan lakukan???
1. berdiam diri
2. buat tidak tahu
3. memberi teguran dan memberi nasihat
Sekiranya anda dikelilingi teman-teman yang sebegini, apa yang akan anda lakukan??
Pada pendapat penulis, untuk berdiam diri dan buat tak tahu adalah amat mudah sekali penyelesaiannya dan majoriti akan memilih cara pertama dan kedua..

SEBAB???
-itu hak individu
-kubur kn asing-asing

Penulis tidak mengiyakan dan menidakkan sebab-sebab diatas kerana secara realiti itulah alasan ataupun sebab yang sering kita dengar disekeliling..

Memberi teguran dan nasihat???
Rasanya  boleh dikira dengan jari, hanya segelintir insan yang sanggup melakukannya..ini kerana cara pemikiran, cara hidup kita sendiri adalah berbeza dengan orang lain..untuk memberi teguran dan nasihat, kita akan berfikir seratus kali samada untuk melakukannya ataupun tidak..untuk mengajak orang lain kearah kebaikan memang payah sekali, banyak dugaan yang kena lalui..
Perasaan malas tu tetap ada pada diri masing2, tapi tahap kemalasan itu haruslah berpada-pada.. (sikap malas itu perangai s******)..Semalas mana pun kita, tak salah rasanya kalau kita pergi jugak mana-mana “majlis ilmu” tersebut..ini kerana bukan selalu kita dapat berkumpul bersama sesama muslim sekaligus dapat mengimarahkan majlis tersebut..
   “Jika mereka malas,kita dorong. Jika salah,kita membetulkannya”.(kredit)

Kita akan dapat pahala jugak bila dapat mengimarahkan majlis, walaupun bila kita telah berada dalam majlis tersebut kita berada didunia lain..(jasad ada dalam majlis tersebut, tapi akal fikiran ditempat lain)..dalam maksud lain,kita “tertidur”, atau “membaca buku”(minta maaf ye, “MB”..sy bg contoh je..x mksd ape2 pun, hrp awk fhm..) ..yang penting, niat kita kerana Allah s.w.t dan kita mendapat jugak pengisiannya dan input walaupun sedikit cuma.. :)

Namun, bila teguran menjadi sindiran..
Ragam manusia ni macam-macam..kalau kita tegur sedikit, sindiran yang akan kita dapat..mungkin jua kita akan dilabelkan sebagai ”badjet bagus” ataupun sebagainya..
Tidak semestinya kalau kita menegur dan memberikan nasihat, itu menunjukkan diri kita bagus..orang yang berkata-kata itu haruslah kuat dan banyakkan istiqamah, kerana sebelum dirinya memberi nasihat atau teguran, dirinya mestilah melakukan perkara yang sama.. sebab, hukumnya boleh menjadi “wajib”..jika tidak, kita boleh dikatakan bersubahat..(*kredit*)
memanglah kubur asing2 bila kita mati nanti, tapi sedia maklum kita hidup kat dunia ni sementara sahaja..sebagai seorang teman, dia akan sedaya upaya untuk mengajak temannya yang lain kearah kebaikan..ini kerana setiap perbuatan kita akan ditanya kelak..

“Contohnya : Sebelum si A melangkah ke pintu syurga, tiba-tiba datang si B ini. Si B ini pun memberitahu, bahawa si A ini tidak boleh masuk ke syurga sebab masa didunia si A ini tidak menegur dan memberi nasihat kepada dirinya apabila si B ini melakukan kesalahan. Atas sebab tersebut, si A ini tidak dapat memasuki pintu syurga walhal si A hanya tinggal selangkah lagi untuk memasuki syurga“..

Pengajarannya, kita wajib menasihati dan memberi teguran dan terpulang pada orang berkenaan untuk menerimanya ataupun tidak, asalkan kita telah melaksanakan tanggungjawab tersebut. . :)


sumber rujukan:
- Beduk Diketuk, Ustaz Pahrol Mohd Juoi

..yang baik datangnya daripada Allah s.w.t, dan yang buruk datangnya daripada penulis sendiri.