28 Januari 2012

Kesabaran itu bernilai harganya..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera… :)
Rasanya dah lma pnulis x update blog ni..ini krn pnulis agak sbuk sdikit dgn study, byk test dan ujian yg pnulis kna hdapi..so, kna wat preparation awl kalo nk score..hehe..ini pun, pnulis curi sdikit msa nk mnulis dan entry kali ni atas prmintaan sseorg dan pnulis cuba pnuhinya wpun otak ni dh beku nk mncari idea dan alhamdulillah, idea dtg gak wpun lmbt dan  tahap kemalasan utk mcari  ttp ada..hehe
Dgn izin Allah, pnulis bkesempatan nk mnulis dan bkongsi ssuatu..smoga ia bmnfaat utk smua..insyaALLAH..
…SABAR ITU INDAH???

Persoalannya::
::: Ada apa “sabar itu indah”?
::: Bagaimana kita tahu “sabar itu indah”?
::: Apa yang kita dapat dengan “sabar itu indah”?
::: Mengapa “sabar itu indah”?

…Sesiapa yang mengenali diri penulis, penulis selalu mengungkapkan dan memberitahu bahawa
“SABAR ITU INDAH”..dan akan ada yang bertanya dengan persoalan-persoalan diatas..
..Ada sebabnya mengapa penulis suka mengungkapkan “sabar itu indah”
Sebabnya::
- sabar itu sememangnya indah.. :)
-sabar itu jua sumber kekuatan..
-dan sabar itu jua
“cantik”.. (pinjam ayat dari sahabat penulis)

Cara kita untuk memahami sesuatu dan memberikan pandangan sememangnya dari perspektif yang berbeza..walaupun kita diberikan nikmat yang sama iaitu akal, namun cara kita berfikir, memberi dan menerima adalah amat “berbeda” sekali..SO, sekiranya coretan penulis kali ini  tidak sama cara pemahaman anda, terlebih dahulu penulis meminta maaf kerana cara pemahaman dan pandangan seseorang itu agak berbeza.. :)
..Seperti yang kita ketahui, setiap individu mempunyai masalahnya tersendiri termasuk penulis..dan sering kali kita mendengar keluhan,perasaan marah, jiwa bercelaru yang menguasai diri apabila musibah menimpa tanpa diundang..Sabar ketika ditimpa musibah berada diluar ikhtiar manusia, kerana setiap ujian yang menimpa adalah datangnya daripada Allah. 

           Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Tidak  ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Taghabun 64:11)
Apa yang kita buat apabila ditimpa ujian??Kita akan berasa jatuh sangat dan pelbagai tanggapan yang akan kita fikirkan. Contohnya, ada yang berasa marah yang teramat sangat sehingga menyalahkan seseorang dan ada jua yang akan menyalahkan takdir dan kita akan bertanya pada diri sendiri, “mengapa semua ini terjadi padaku”? “bagaimana aku nak hadapi semua ini”? “mengapa berat sangat ujian yang diberikan kepadaku”?..Nauzubillahminzalik.
“Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman 31:17)
Sabar itu wajib saat ditimpa musibah. Ini kerana seseorang itu telah melaksanakan perintah Allah apabila bersabar dalam menghadapi musibah tersebut. Selain itu, setiap ujian yang diberikan adalah untuk menilai tahap keimanan kita berada dimana dan Allah s.w.t. tidak akan memberikan ujian kepada hambanya diluar batasan..Sebagai contoh, sekiranya kita dapat menghadapi musibah yang diberikan, maka kita tahu tahap keimanan kita berada ditahap mana dan sebaliknya. Kita sama sekali tidak boleh melawan takdir, maka apabila ujian menimpa kita sebagai hamba Allah hanya mampu bersabar dan berdoa kepadaNYA. Walaupun dalam tempoh bersabar tersebut, kepedihan dan kesakitan yang akan kita rasai namun percayalah “sabar itu indah”.

Biarlah kita merasai kesakitan dan kepedihan pada masa sekarang apabila menghadapi ujian, daripada kita merasai kesakitannya kemudian hari. Nescaya, kita akan mendapat keindahan kesabaran itu kelak..insyaALLAH. Selain itu, apabila ditimpa musibah alangkah baiknya kalau kita mengambil sudut positif setiap apa yang berlaku kerana apa yang terjadi ada hikmahnya kita tidak tahu.
 
Bukan itu sahaja, antara ujian yang memerlukan kita bersabar dalam menghadapinya ialah antara contoh situasi yang kita pernah alami, Orang yang baik sifatnya, peribadi yang mulia dan orang yang kita percaya telah melakukan satu kesalahan yang kita tidak sangkakan. Kita sebagai orang yang pernah mengenali dirinya, apa yang akan kita lakukan?
-menjauhkan diri daripadanya?
-membenci dan menghukumnya?
-memberi kemaafan?
“Sesiapa mampu menguasai emosinya, mengawal akalnya dan menimbang segalanya dengan betul maka ia akan dapat melihat kebenaran, akan tahu jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat”..

Maksudnya disini, apabila kita berada dalam situasi diatas kita haruslah sedaya upaya utuk bersabar. Namun, penulis akui agak sukar untuk bersabar dalam tempoh tersebut kerana hasutan syaitan lagi kuat sehingga perasaan marah meluap-luap dan menebal. Alangkah baiknya sekiranya kita memberi kemaafan kepada si dia..SEBAB??? Semua orang pernah melakukan kesalahan termasuk kita sendiri..kita tahu syaitan dan iblis itu mempunyai seribu satu cara untuk menghasut dan menyesatkan manusia, sedangkan para Nabi ada jua termakan hasutan inikan kita manusia.

Selain itu, kita jua sering memberi “gelaran” kepada sesiapa yang melakukan kesalahan. Kita pernah mengenali si dia dan kita telah tahu peribadinya seperti mana maka janganlah terus menghukumnya dengan memberinya gelaran yang tidak sepatutnya. Ini akan lebih membuat dirinya berasa jauh daripada kita..”kasihanilah dia”..bukan mudah seseorang itu untuk mengaku kesalahan yang pernah dia lakukan walhal dia tahu risiko yang akan dia hadapi seperti orang lain akan memandang serong terhadapnya..Maka berilah kemaafan kepada dirinya..walaupun kita tidak akan dapat menerima dirinya seperti dahulu,terpulang pada masing2,itu hak individu. Secara jujur, penulis pernah mengalami keadaan diatas dan penulis berjaya hadapinya..alhamdulillah~

       “Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar”. (Surah al-Baqarah 2:153)

Ayat diatas adalah antara keindahan bersabar ketika menghadapi musibah. Sesungguhnya sabar itu akan memberikan keindahan pada fizikal,jiwa dan perasaan kita. Sabar itu ada dihati, dan apabila hati baik, kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan..insyaALLAH. Maka sentiasalah berbuat kebaikan, kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu. Sesungguhnya….”sabar itu indah”:)

Bersabarlah kerana Allah. Dan sepatutnya anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan,mengetahui tempat kembali yang baik,pengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Sebanyak mana pun masalah yang anda hadapi,tetaplah bersabar,kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan. Dan dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan. (Daripada: La Tahzan)


Sumber rujukan:
-Solusi  Isu No 31, Sabar itu Indah.
-La Tahzan Jangan Bersedih, karya Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
p/s:: Yang buruk datangnya daripada penulis sendiri, NUR YASRIQ ZAITUL AZARIAH BINTI ALI, yang baik datangnya daripada Allah s.w.t.

8 Januari 2012

..tahun baru..

Assalamualaikum w.b.t…..

…Alhamdulillah, dh msuk tahun baru rupanya, tahun 2012..cptnya msa berlalu..umur pun makin mningkat..huhu.. :)

..so, pa azam baru korg???..stiap individu msti da azam tsendiri tmasuk pnulis sndiri..huhu
sblm tu, pnulis nk share sikit kt suma pa yg  tjadi kt pnulis sblm msuk tahun baru ni..hehe

..skrg ni, pnulis dduk kolej..alhamdulillah~
sblm ni, pnulis dan kwn2 yg len dok luar..bez gak dok luar ni, wpun kna rush ngn time nk nek bus..bla pnulis dh dpt kolej ni, leh la save bajet cos sem dpn nk praktikal..insyaAllah..
…honestly, pnulis rsa dok luar lbh selesa..hehe..sbbnya, kalo dok luar, leh masak kalo lapar lbh2 lg bla tgh mlm..kalo kt kolej, dining dh ttup pkl 11..so, kalo nk cr mknan pun mkn maggi or biskut kering je la..huhu
(p/s: bsyukur pa yg ada!!)

..advantage dok luar ni gak, pnulis leh jogging..(walhal dok kolej pn leh jog gak..hehe)
lbh kurg pkl 6pm, pnulis and member akn jog and balik before maghrib..slalunya kteorg jog, msuk kpg..best gler..cntik sgt pmndgn, lebih2 lg kwsn sawah padi..hjau je pmndgan.. :)
..pastu, kalo dok luar ni kta leh tgk tmpt and suasana org cmne..kalo kt kolej, tperap je kt bilik..huhu
…wpun kna rush ngn time nk nek bus, pnulis leh g kls awl..dlm erti kta len, leh wat kta bdisiplin la ngan msa ni..huhu..kalo kt kolej ni, pnulis akn g lmb ke kls..wpun sbnrnya pnulis xska dtg lmbt, tp pnulis wat gak..huhu..lecturer dh start mngajar kte br tkejar2 nk g kls..
:(

..tp, disadvantage dok luar ni kta kna pndai jga diri la (pndai2 la bwk diri kt tmpt org)..kslmtn kurg terjamin..huhu..
kalo dok kolej, kslmtn mmg tjamin..so, xyah rsau sgt..insyaAllah..
..moral of story, ada
PRO and KONTRA kalo dok luar and kolej ni..depend pd msing2 nk nilai cmne.. :)
…tp, pnulis bsyukur sgt2 bla dpt dok kolej ni..yg pntg, dpt save bajet!..
:)



….so, berbalik ngn tahun baru ni, msti org akn sibuk bfikir ngan azam baru..tp, mostly azam yg slalu kta dgr sumanya mnuju kduniaan..rsanya jrg kta dgr da azam sbg persediaan di akhirat..btul x? :)
..alangkah indahnya kalo azam baru kta ni diselitkan gak untuk bekalan kta..sbg contoh, azam baru kta ialah nk pertingkatkan amalan ibadah spt, bgn tgh mlm wat solat tahajud, qiam, mngaji dsbg..kta hdup di dunia ni cma smntara je..kta xtau bla kta akn mati..dan bla kta mati, adakah bekalan kta ckup??(renung2kn lah…)

..utk pngetahuan suma, pa yg pnulis coret kt cni bknnya nk memandai2 ..ni sbg peringatan utk  diri pnulis gak..~ilmu yg baik elok dikongsi bersama wpun sdkit~:)
…x salah kalo azam kta lbh btumpukan kduniaan..tp, alangkah indahnya kalo kta seimbangkan kduanya2 agar peroleh kberkatan..insyaAllah..
..scara jjur, azam pnulis pn da psal kduniaan..tp, pnulis cuba untuk seimbangknnya..insyaAllah..
antara azam yg blh pnulis kongsi ialah, pnulis nk wat leklok sem ni..so, nex sem leh praktkal tmpat sndiri..hehe..insyaAllah..
..azam yg lain, biarla hnya pnulis dan Allah s.w.t yg tau..
amin ya rabb~

..yg baik dtgnya drpd Allah s.w.t.,,yg buruk dtgnya dr pnulis sndiri iaitu “NUR YASRIQ ZAITUL AZARIAH BINTI ALI”..amin.