8 November 2012

Tiba masanya~

                                                      *kredit*


Pada mulanya..
Dirinya ingin menghabiskan tanggungjawabnya..
Berada di bumi Allah..
Terpisah dua benua yang berbeza..
Kerinduan kepada di sana begitu menebal..
Namun ditahannya untuk melaksanakannya..
Begitu beronak perjalanannya..
Digagahinya jua..
Pernah ia tersungkur..
Dikuatkan hatinya untuk meneruskan…


Hari yang dinantikannya telah tiba..
Tetapi…
Entah mengapa sayu sekali qalbinya..
Tidak seperti sebelumnya..
Perjalanannya tidak semudah disangka..
Seolah-olah ada yang menghalangi..
Ditempuhinya jua walaupun berat..
Mengharapkan selamat ke destinasi..


Tika itu..
Hatinya merindukan seseorang!
Yang begitu dekat dengan dirinya..
Tidak berkesempatan untuk bersua..
Titik jernih mula mengalir..
Dirinya meredhai perpisahan itu..
Dikuatkan qalbinya untuk menerimanya..
Tidak pasti bila dirinya akan kembali lagi..
Mampu bertemu di alam maya..
Realiti,,,
Jika sang Ilahi mengizinkannya…


Kini..
Dirinya harus berpijak ditanahnya..
Walaupun sukar…
Qalbinya masih disana..
Tiba masanya..


Bintulu,Sarawak

26 Oktober 2012

LOve stOry~

                                                             *kredit*


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera :)

Penulis nak share sesuatu dan harap sudi2kanlah diri utk membacanya..hehe


Siti: Sarah, aku rsa aku suka kt dia la.. 

Sarah: Knp kau ckp cmtu?


Siti: Entahla..aku rsa sunyi bla dia xmsg aku..kalau dia msg or call aku, aku rasa kt awang-awangan je..hurm..indahnya! eh, aku nk tnya ni..kau ada boyfren x?

Sarah: Ada..tp, xnak la sebut boyfren..aku panggil kekasih hati..

Siti: Setiap kali mendapat aku  panggilan cinta itu,  aku takut kalau kena marah..ktaorg xyah sms or call utk bhubung..guna old school style, melalui surat cinta..

Siti: Yeke? So sweet! Dlm diam2, kau ni berisi gak ek..bagitau la siapa kekasih hati kau ni..mana  tahu,kita blh keluar sama nti..

Sarah: Betul kau nak tau ni? Kekasih hati aku “Allah”..setiap kali azan, setiap itulah Allah call aku..kalau aku x jwb (x dating), Allah mesti mrh, kn?Kdg2, bila kita buntu tanpa petunjuk, Allah bagi surat cinta iaitu Al-Quran..dan bila baca, rasa tenang sgt..kalau kita nk suami yg baik, kita kena jadi baik dulu..

Siti: Hanya mampu membisu...
Cerita diatas hanyalah rekaan semata2, tiada kaitan yg hidup mahupun yg meninggal dunia..

*******************************


Kadang-kadang kita mesti berasa cemburu dengan kawan2 sekeliling kita kan?dan sampai satu tahap, kita ‘menginginkan’ sedemikian..ada orang yang menyayangi kita,ambil berat pasal kita,dapat hadiah dsbg..walhal smua tu zina..zina mata, telinga, tangan dan paling parah zina hati...


“Dan janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”..(al-Israa’:32)
                                                                       *kredit*

Penulis pasti semua orang pasti ingin disayangi dan menyayangi..itu fitrah manusia!
Ustazah penulis pernah crita, “org zaman skrg ni pelik..sbb?kalo dah kahwin, kita boleh la pgg2 or swaktu dgnnya dgn psgn kita, sbb dah HALAL..tp,org skrg ni lebih suka couple dan bila dah accident, baru la nak kahwin..”gulp! tme tu, smua diam je..xbrni nk bsuara..dlm diam, pnulis bstuju apa yang ustazah penulis beritahu tu..dalam erti kata lain, yang halal, tak nak buat..yang haram jugak di pilih..tepuk dada, tanya iman..eh.

Dan penulis pasti, semua orang tahu dalam Islam tiada istilah ‘bercouple’..kalau ada pun, ‘bernikah’: halal dan hubungan tersebut diredhai Allah serta dijanjikan dilimpahi rezeki..insyaallah.

Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.”
 (Surah al-Nur, ayat 32)   *kredit*


Bila umur dah meningkat naik (lbh2 lg br abs blaja), orang disekeliling mesti tanya ‘bila nak kahwin’..dan mesti beritahu camni, ‘umur korang kalao kahwin, dah ada anak dua tiga orang’..kalau la empunya badan tu jenis yang pendiam, dengar je la..kalau yang sebaliknya, bernanah jugak telinga nak dengar..eh.

Penulis tak berani nak komen lebih2 pasal couple ni, nanti x pasal2 kena hentam..hehe..

Yang penulis tahu hubungan sebelum nikah ni, tak bawak apa2 kebaikan pun..kemudaratan adalah..Contoh kalau x couple: boleh save topup, x buang masa dgn keluar dating dll, x payah nak peningkan kepala nak pujuk pasangan kalau merajuk.
.baik fikir mcm mna nak byr hutang ptptn msa belajar dlu.. :)

Bagi penulis, biarlah jodoh tu datang sendiri..jodoh tetap ada (disini atau disana), bila dan siapa Allah masih merahsiakannya.. .

Sebelum kita mencari cinta manusia, lebih baik kita mencari cinta Allah..cinta Allah yang tidak akan hilang..cinta Allah yang begitu tinggi nilai darjatnya..setiap cerita cinta seseorang, Allah yg tulis..
:)

Sumber rujukan: iluvislam

Yg baik dtgnya dr Allah, yg khilafnya dr penulis sendiri..

Arau,Perlis
1600

13 Oktober 2012

Jangan ambil dia~

                                                                 *kredit*



Ya RABB..
Janganlah ambil dia..
Sungguh! Aku belum bersedia..
Merasakan kehilangan..
Dia terlalu istimewa dalam hidupku..

Ya RABB..
Zalimnya diriku padanya..
Membiarkan bisik syaitan menguasai..
Tanpa sedar, dia menderita disana..
Keseorangan tiada siapa yang tahu..

Ya RABB..
Disaat diriku mengetahuinya..
Permataku berterusan menitik..
Teringat kembali khilafku padanya..
Berterusan memohon sebuah kemaafan..
Yang bernilai harganya..

Ya RABB..
Kurangkanlah kesakitannya..
Berikanlah seksanya itu kepadaku..
Tidak sanggup ku melihat dirinya menderita kesakitan..
Janganlah ambil dia..
Aku amat menyayanginya keranaMU..

Ya RABB..
Aku mengharapkan khabar gembira esok hari..
Yang akan memberi sinar..
Akan ku jaga dia..
Mengingati, menegur, dan menasihatinya..
Akan ku pegang tangannya..
Selagi ku mampu dan diberikan kesempatan..
Itu janjiku!
Janganlah ambil dia, ya RABB..
Dirinya begitu berharga..
NHBR,ana uhibbuki fillah abadan abada… 


-Jangan ambil dia-
Arau, Perlis
0200 am

*****

*kredit*


Ku lepaskannya dalam tangisan..
Ku mengadu padaMU ya RABB..
Surat cinta peneman disisi..
Dan ku biarkannya ia berlalu..

12 Oktober 2012

ukhwah fillah abadan abada~

                                                               *kredit*



Ukhwah fillah..
Tergerak dihatinya untuk mencari makna ayat itu lebih mendalam lagi..
Dirinya mengetahui pengertiannya..
Namun, entah mengapa qalbinya meronta untuk mencarinya..
Lalu, dirinya menemukannya..
Usai dirinya membaca, permatanya ingin menitik..
Dan seperti kebiasaanya, dirinya akan menahan daripada ia mengalir..
Egonya terlalu tinggi…
Yang sentiasa memakan dirinya..
Persoalan yang menghantui dirinya, telah ditemui jawapannya..
Jawapan yang menyatakan kebenarannya!
Dan niat lillahi’taalanya salah selama ini!
Dirinya bersyukur diberikan kesempatan menjumpainya sebelum terlambat..

Ukhwah fillah, uhibbuki fillah..
Memberikan maksud yang begitu mendalam..
Disaat itu, dirinya mengimbau kembali..
Ayat yang selalu diucapkannya..
Hanya mengungkapkannya, tetapi tidak sampai jauh didasar hati..
Dirinya beristighfar..
Benar! Itulah kebenarannya!
Ada perasaan yang tidak seharusnya ada..
Menjalar dihatinya..

Dan pada saat itu jua..
Dia bercerita dan meluahkan..
Dirinya hanya mampu membisu..
Air mata yang ditahannya, dilepaskannya jua..
Menangis kerna apa yang dilakukannya..
Adalah untuk kepentingan dirinya sendiri..
Fitrah manusia yang melampaui sempadannya..
Menangis kerna merasakan sedemikian..
Walhal dia bukan miliknya..
Dia milikMU ya RABB…

  
Disaat dirinya mengetahui, dia mengatakan sedemikian..
Menambahkan rasa pilu dihatinya…
Bukan untuk menidakkannya..
Setiap permulaan ada pengakhirannya..
Dirinya belum bersedia sekiranya kehilangan..
Satu-satunya sahabat yang dia miliki..
Dirinya cuba untuk melupakannya..
Tetapi, kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya..
Dan permatanya pasti menitik..
Usai melaksanakannya, permatanya turut menemani..
Hanya itu yang mampu dilakukannya..

Agak lama airmatanya tumpah..
Dibukanya surat cinta dan membacanya..
Memperoleh ketenangan disitu..
Mengharapkan ia berkekalan..
Meminta ditetapkan niat lillahi ta'aalanya..
Agar tidak berulang lagi..
Dirinya menginginkan ukhwah fillah..
Yang bukan hanya pada ungkapan..
Tetapi, turut didalam hati..
Dirinya cuba untuk menerapkannya..
Namun belum sampai penghujungnya..
Dirinya telah rebah..
Cuba untuk bangkit..
Tetapi, tiada kekuatan lalu dibiarkannya..
Walaupun qalbinya menginginkannya..
Dirinya pasrah..

Dirinya tidak menceritakan kepada dia..
Apa yang dialaminya tika ini..
Mengharapkan dia membacanya..
Dan mengerti mengapa kelakuannya demikian..
Dirinya menginginkan ukhwah fillah abadan abada..
Mampukah dirinya memilikinya..
Permatanya menjawab persoalannya…..


-Ukhwah Fillah Abadan Abada-
Arau, Perlis

28 September 2012

Menghargainya!

                                                              *kredit*



Hatinya sebak seketika..
Teringat kembali apa yang terjadi..
Tiada siapa yang bersalah..
Tetapi..
Hatinya merasakan sakit ketika membacanya..
Disaat itu dirinya telah mendapatkan kemenangan..
Usahanya berhasil..
Dizalimi anggotanya..
Tika melaksanakan tanggungjawabnya..
Kesedihan menyelubunginya..
Dimana kegembiraan yang harus dirasainya..
Tika itu..

Dirinya menghargai dan menerima teguran itu…
Tetapi…
Janganlah mengaitkan orang yang dicintainya..
Kerna keadaan yang berbeza
Kamu mendapatkannya..
Rumah yang kuat pada tautannya..
Yang sentiasa disisi..

Tetapi dia…
Sejak kecil dia sudah kehilangan..
Dimana tika itu dirinya amat memerlukannya..
Bimbingannya, belaian, perhatian dan kasih sayang..
Tetapi, dirinya tidak berkesempatan..
Pernah dirinya mempersoalkan..
Kenapa dan mengapa
Dirinya tidak memilikinya 
Rumah yang sempurna..
Seperti yang lainnya..
Namun, kini dia mengerti..
Ada yang lebih susah darinya
Sekurang-kurangnya dirinya 
Dapat melihat, memeluk,mengucup walaupun seketika cuma..
Diri kamu beruntung dapat merasainya..


Dirinya agak goyah
Bila ada yang membicarakannya..
Baginya..
Biarlah apa yang dilepaskan..
Ditujukan untuknya bukan buat mereka..
Hatinya menjadi sebak..
Permatanya berterusan menitik..
Bukan dirinya tidak menerima perhatian itu..
Tetapi, bukan dengan cara begini..
Yang menyentap qalbinya..

Yang pasti..
Kamu istimewa dalam hidupnya..
Sentiasa ada tika susah mahupun senang..
Dirinya telah memaafkan sebelum dia memintanya..
Tiada sekelumit perasaan marah dihatinya..
Dirinya telah memaafkan…
Kamu terlalu istimewa baginya..
Disebabkan itu, dirinya berbuat begitu..
Tidak mengatakannya..
Kerna dirinya tidak sanggup melihat dia merisaukan, memikirkan dirinya..
Dan airmatanya tumpah!
Dirinya tidak sanggup melihatnya..
Biarlah dirinya sendiri yang mengalaminya..
Tetapi bukan kamu..
Yang telah memenuhi ruangan hidupnya..

Disaat dirinya mengetahui..
Dia akan melepaskan tangan itu..
Qalbinya memberontak..
Janganlah kamu melakukan ia..
Dirinya juga belum layak untuk menjaganya..
Namun..
Berharap dapat menjaga bersama-sama..
Dia menjaga kamu dan sebaliknya..
Hasrat itu dipendamnya..
Mengharap dia merasakan jua.
Dirinya menghargai dan menerima teguran itu..

Arau Perlis
2030

26 September 2012

Maaf.............


                                                            *kredit*


Ya Rabb..
Dia telah menzalimi disekelilingnya..
Sehingga ada yang begitu merisaukannya..
Menitiskan airmata kernanya..
Meluangkan waktu untuk bersamanya..
Sanubarinya hanya mampu mengungkapkan maaf..
Tapi tidak pada zahirnya..
Maaf untuk persoalan kalian yang tiada jawapannya..
Dirinya sendiri tiada jawapan tersebut..
Dan hanya mampu membisu apabila ditanya..
Mungkin itu yang terbaik baginya..
Maaf, dan maaf untuk berapa kalinya..
Hanya itu..


-Maaf-
Arau Perlis
1900






25 September 2012

Sekali lagi!

                                                               *kredit*


Sekali lagi..
Dirinya di uji sang penciptaNYA..
Dan dirinya terus rebah..
Dirinya tidak pasti samada dia akan mampu berdiri semula..
Kerna usahanya..
Seperti pasir yang berterbangan..
Samada jatuh ke tanah atau sebaliknya..
Disaat orang lain jatuh..
Dirinya mampu memberikan nasihat, kata semangat..
Tetapi bila dirinya..
Hanya mampu mendiamkan seribu bahasa..


Sekembalinya dia..
Sekelilingnya menembaknya seribu persoalan..
Dirinya hanya mampu tersenyum..
Senyuman yang begitu pahit dirasainya..
Dan hanya ungkapan maaf yang lahir disudut hatinya..
Maaf untuk persoalan yang tiada jawapannya..
Kerna jawapan itu..
Hanya akan menambahkan luka qalbinya..
Qalbi yang ingin dirawatnya..
Kata qalbinya yang akan merasuk dirinya ketika dirinya jatuh..
Akan bertindak diluar garisannya..


Sekali lagi..
Dirinya hanya mampu bersimpuh..
Air mata ditahannya daripada mengalir..
Kerna dirinya tidak ingin temannya memandang simpati..
Melihat dirinya lemah..
Dan dirinya membawa diri..
Berada dialamnya sendiri..
Dirinya ingin menghabiskan dengan penuh gah..
Ingin mendapatkan hasil yang terbaik..
Istimewa untuk dicintainya..


Disekelilingnya berterusan menghulurkan tangan..
Namun bagi dirinya..
Sebelum dia menerima huluran tersebut..
Dirinya harus membantu empunya diri..
Semangatnya kian pudar, ketabahannya makin merenggang..
Dilihatnya temannya yang sedang bersuka ria..
Manakala dirinya mengejar masa..
Melaksanakan tanggungjwabnya..
Timbul perasaan cemburu dihatinya..
“Itu rezeki mereka”, hati memujuknya..


Sekian lama dirinya dapat bangkit..
Setelah dirinya terumbang ambing..
Dikuatkan hatinya..
Belum lama dirinya kukuh untuk bertahan..
Badai lembut menerpanya kini..
Membuatkan dirinya tersungkur pada pautannya..
Lalu dilepaskannya permatanya yang telah lama bertakung..
Dan kepada ya Rabb, dia mengadu..
Danbo sebagai persinggahannya..
Sekali lagi..


Ya Rabb..
Tetapkanlah niat lillahita’alanya..
Berikanlah dia kekekuatan dan ketabahan..
Jangan biarkan dirinya..
Leka dengan tanggungjawabnya…
Menbuatkan dirinya alpa untuk melaksanakannya..
Sehingga mengorbankan masanya..
Kerna apa yang dilakukannya adalah ibadah jua..
Dan mengharapkan dipermudahkan urusannya..
Hanya itu..




-Sekali lagi-
Arau,Perlis
1400

19 September 2012

Jauh dimata, dekat dihati~

                                                                *kredit*


Ukhuwah itu indah sekiranya berlandaskan syariatNYA..
Bertemu dan berpisah keranaNYA..
Buat pertama kalinya dia merasainya..
Walhal airmatanya begitu mahal..kerna dirinya sukar untuk menangis..
Tempoh perkenalan mereka begitu singkat berbanding dengan temannya yang lain..
Namun dirinya merasakan seolah-olah tali itu telah kuat simpulannya..


Pada mulanya..
Ukhuwah mereka berlandaskan tanggungjawab..
Namun..
Masa yang merubah segalanya..
Titian yang dibina semakin kukuh pahatnya..
Ada masanya ia rapuh seketika..
Angin lembut memberi salam..
Malah, ombak turut menyinggahi…
Untuk menguji tembok persahabatan..  
Yang dicemburui disekeliling mereka..
Dan sehingga kini..
Jalinan mereka masih tegak berdiri di garisannya..
Mengharapkan ia terus bertahan walaupun onak duri menerpa..

Perasaan merindui ada dihatinya ketika berjauhan..
Jurang yang memisahkan beribu batunya..
Dipisahkan hak milikNYA..
Untuk melaluinya, mengambil masa..
Disaat pena ini berbicara,
Hatinya turut menangis..
Permatanya telah lama membanjiri bumi..
Qalbinya meronta untuk dirawat..
Walhal baru bersua muka dan menghabiskan masa bersama..
Melepaskan kerinduan yang dipikul..
Dan kasih sayang mereka semakin bercambah mekarnya..
Membuatkan permatanya menitik saat berpisah..
Mengharapkan diberikan kesempatan lagi..


Segala memori bersama masih segar di ingatannya..
Namun, kini segalanya hanya tinggal kenangan..
Kenangan terindah yang sentiasa terpatri di hatinya..
Buat kamu, genggamlah di ingatanmu..
Kita memang jauh, namun dekat dihati.. :)


-Jauh dimata, dekat dihati-
0300am

18 September 2012

Hatinya menangis~

                                                                 *kredit*



Ya Rabb..
Apa yang telah dilakukannya..
Satu ayat yang begitu menusuk qalbinya..
Dirinya yang memulakan, membesarkan dan menambahkan api yang kian marak itu..
Tika dia membacanya, perasaan bersalah terus menyelubungi diri..
Dirinya tahu, penyesalannya tiada guna lagi..semuanya telah berlaku sekelip mata..
Dan itu adalah kekhilafan dirinya sendiri!
Kalimah maaf hanya mampu terucap dibibirnya..
Untuk menzahirkannya, dirinya merasakan ada tembok menghalanginya..



Ya Rabb..
Dirinya hanya melakukan apa yang termampu sebagai merawat qalbinya itu..
Tetapi itu hanyalah luarannya..
Dalamannya???
Hatinya menangis menyimbah bumi..
Disaat dia membacanya..
Tangannya berketar-ketar, badannya menggigil, permatanya berterusan menitik..
Segala perbuatannya menjadi kaku..tutur bicaranya hanya sepatah..
Di fikirannya, hanya memikirkan apa yang harus dilakukannya..




Ya Rabb..
Perbuatannya telah melepasi garisannya..
Hatinya menangis lagi..
Hanya itu yang mampu dilakukannya..
Dirinya melepaskan tanpa mempedulikan sesiapa..
Biarlah…
Dia mengharapkan sebuah keampunan yang bernilai harganya..
Namun, dirinya tidak layak untuk mendapatkannya!
Kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan oleh sesiapa..



Ya Rabb..
Dirinya malu pada diri sendiri..
Terutamanya kepada si dia..
Disaat penanya menulis tika ini..
Airmatanya turut menemani..
Mengharapkan suatu kemaafan…



-Hatinya menangis-

0100am

10 September 2012

Cerita Danbo 2..





Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.. :)

Kita bertemu kembali di dalam cerita danbo..hehe
Alhamdulillah.. :)

Persoalannya:
-Bagaimanakah khidupan Danbo slps program KBM?
-Apakah yg Danbo ingin cari sbnrnya?

Maka, program yg berlangsung 3 hari tlh mlabuhkn tirainya..Sebaik sahaja sampai di rumah, Danbo merasakn keadaan disekeliling bgitu asing dgn dirinya..saat2 indah di KBM, bputar-putar difikirannya pdhal Danbo br smpai di rumah..

Tepat 6.30pm, azan maghrib berkumandang..ada perasaan sayu dihati Danbo saat mndgrnya..Danbo merasakn titik2 jernih mula jatuh ke pipinya, dan terus bangkit dr tmptnya lalu mngambil wudhu dgn niat dihatinya untuk melaksanakn perintah Allah yg sblm ini Danbo melakukan sambil lewa..

Usai shj solat, tiba2 Danbo mnangis.. Danbo mrasakn ada ktenangan dn kdmaian dihati..sblm ni, Danbo slalu berasa kosong dn sunyi..dsbbkn itu, Danbo mlakukn xtvt jahiliyahnya, dgn hrpn akan dpt mbuang perasan yg mbelenggu hati Danbo, pdhal xtvtnya itu hnya mnambhkn dosanya.. :(
 dn Danbo tahu apa yg hrus dilakukannya slps ini…

**************

Danbo cuba utk brubah sdkt demi sdkit..dn ktika itu rkn2 baiknya turut ingin berubah..alhamdulillah..
Di saat Danbo mmerlukan bimbingan, akak2 fasilitator dr KBM dtg dgn mnawarkan utk ikut “usrah”..tnpa bfikir pnjg, Danbo dn rkn2 trus trima twaran tsbut..buat ptma klinya, Danbo dn rknnya join usrah dmna Kak Irah, Kak Zeti dn Kak Ilani sbg murobbinya..mereka jugalah yg sntiasa mbri nsihat, dorongn kpd Danbo disaat Danbo hmpir jtuh..sbb pd awlnya, Danbo xkuat utk brubah..dgn org disekelilingnya, umpatan dn ejekan yg kdgrn di telinganya..nmun, kkak murobbinya slalu ada dibelakangnya dan stiap mgu Danbo tetap setia dgn xtvt usrahnya..malah, kakak2 usrahnya x pnah lupa utk ajak Danbo utk ikut xtvt Islamik yg lain..alhamdulillah..tanpa sdar, result spm pn kuar.. Danbo dtwarkan blajar di sbuah universiti tmpatn yg dpisahkan laut china selatan..rkn2nya yg lain, ada yg smbung dimaktab, kolej dn tingkatan enam..ksemuanya blainan tmpat..

Dn pd mlm itu adlh usrah terakhir Danbo sbb lusanya Danbo akn brangkt ke sna..suasana agak pilu saat itu..Danbo dn rknnya hnya mndiamkn dr..kakk2 usrahnya hnya trsnyum wlupun ia klihatan pahit..kkak2 usrahnya mberikn nsihat yg trakhir dn Danbo cuba utk x mngis..rkn2nya yg lain ada yg mnitiskn airmata.. Danbo mlihat kkak2 usrahnya sorg dmi sorg..dlhtnya Kak Irah yg slalu nsihatkan Danbo utk keluar dr kpompong pndiam..hehe..Kak Zeti, dgn prngai gila2nya yg mncuit hti dn Kak Ilani dgn klembutannya dn wjh yg comel..hehe.. Danbo psti, akn mrindukan saat2 bersama..dgn xtvt usrah, mndi air trjun, mkn steamboat, jungle treckking (x smpai sparuh jln, Danbo dh semput..huh!)dn byk lg.. :)

Hmpir lima thn blalu, smua tlh bwk haluan msing2..kak Irah smbg master di Ireland..kak Zeti dh bkhwin dn mnetap di Oman dgn suaminya..kak Ilani still maintain di mlng bintulu..hehe..Danbo???alhamdulillah, prubahan Danbo masih kekal dn bhrp utk mnjdi yg lbh baik dr yg terbaik..insyaAllah. 


                                                * TAMAT*


Dgn ini, cerita Danbo pn dh smpai ke penghjgnya..apa yg pnulis ingin kongsikan, hidayah milik Allah..x smua yg dpt mperolehinya..Danbo bertuah krana slh sorg insan yg terpilih..alhamdulilah..

p/s: yg baik, dtgnya dpd Allah dn yg khilaf adalh dr pnulis sndiri.. :)

Wasalam.

7 September 2012

Danbo!




Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.. :)

                 Dah bersarang dan berhabuk blog pnulis ni..Huh!..
Tanpa sedar, penulis dh menzalimi byk pihak terutamanya blog ni sendiri dan pembaca (ada ke?tetttt!)..Sbbnye???. Agak lama pnulis x mencoret, merapu, merepek dan sebagainya la..hehe (tbe2 blur, xtau nk tulis pe!).

Dlm erti kta lain, “x update”..pnulis agak sibuk nk siapkn tugasan yg mmerlukan perhatian dn komitmen yg spnuhnya dr pnulis..(cewah! skemanyer..hehe)
Pape pun,bg phak yg terlibat pnulis memohon maaf kerana telah menzalimi kalian..maafkan pnulis, ye! :)


       Dimulakan Bismillahirrahmanirahim..(mengela nafas pjg!)..OK!
Pada suatu hari..tettt! (cik nur, straight to the point!)..maaf2, dh lma x mnulis begini la jdnye, merapu je..hehe

5 thn yg lps…..

      Ada seorang gadis yg lebih dikenali sbg Danbo(bkn nama sbnr).. :)
Bila disekolah, Danbo spt pljr Islam yg lain..memakai tudung, anak tudung dn sbgnya (dsbbkn peraturan sekolah!)..Tetapi, abs je wktu sekolah Danbo scara automatik berubah 360 drjah!,,Bila keluar, Danbo “membalut” bknnya “menutup” aurat (ada pbezannya ye!)..ble rjin, Danbo akn pkai tdung itupn xspnuhnya..bts pgaulnnya pn agak mnyimpang..Solat?jgn ckpla..mmg xcukup 5 tiang utk rumahnya..kdg2 buat, itupun mcm ayam belatuk je..(cmne ek ayam belatuk?hehe..)bla tlupa, Danbo tinggalkn cmtu je tnpa ada rsa bslh pd dirinya..jahiliyahnya diri kmu, Danbo.. :(((((((((((((((


  *Tba2 trunnya hujan lebat*

Tanggal 25/7-27/7/2007,mrupakan tarikh keramat utk Danbo!..Ini kerana…..

Pada  trikh tsbt, smua pljr form5 diwjibkn ikt xtvt sekolah yg diberi nama “KBM”..pd mulanya, Danbo dan kwn2nya, mrungut dan protes utk x nak join program tsbt..namun,bila pngetua mgumumkn ‘kehadiran wajib’, jd nk x nk Danbo tpksa ikt gak tnpa kerelaan hatinya..

Saat kakinya melangkah dn mnempatkn diri dlm program tsbut, tdpt bbrp org ppuan (fasilititator KBM) yg mnunggu di muka pintu..bla Danbo msuk, tbe2 slh seorg dpdnya menyalami, memeluk dn mengucup ppnya sbg tnda perkenalan..Danbo kaku sketika, krna itu adlh ptma kalinya dirinya diperlakukan bgitu..dan Danbo mrasakn suatu perasaan aneh dlm dirinya..sblm program bmula, Danbo mmerhatikn sekelilingnya..tanpa sdar, Danbo mrenung kearah semua ppuan td.. Danbo melihat dr ats smpai kebwh..ksmua ppuan2 tsbt, ditutupi dgn baju labuh, sluar longgar, memakai stokin dan disaluti tdung bulat,dn tudung bdang 60 (agk berbeza dgn diri Danbo)..Cantik! kta Qalbinya..sekali lg, tmbul perasaan aneh dlm dirinya yg sukar utk Danbo gmbrkn dn tfsirkn..Danbo hnya mampu mngeluh..

Program KBM pn bermula...
Program tsbut diketuai oleh abg Hafiz dan kak Insyirah (dr semenanjung). Pada awalnya, Danbo dh set kt mind bhwa spnjg program berkenaan, adlh pngalamn yg “BOSAN”..dn sangkaan tsebt sma sekali “MELESET” sma sekali! Bg Danbo, program KBM adlh “OSEM”..alhmdulillah :)

Antara pengisian dlm KBM ialah:

       -Knowing Me Knowing You
  -Inteam-
           -Badan Cergas Otak Cerdas-
          -Meniti Angin Malam-
          -Kini Dan Hijrah-
         -Menuai Kasih Menyemai Sayang-


Mesti ada yg tertanya-tanya knp penulis cuma senaraikan pngisian spnjg program KBM ni, kn?Alasan pnulis mudah je, spnjg berada dlm program tersebut pelbagai perasaan dan pengalaman yg pnulis lalui, dmna xpnah dpt dmna2 pn..jd, agak sukar utk pnulis gmbrkn situasi berkenaan..hehe..tp, apa yg pnulis blh kongsikn, stiap pngisiannya psti akn dibnjiri dgn airmata x kira pljr ppuan mahupun lelaki..kalo bleh tadah, mesti berbesen2 dh n tisu xtaula brp kotak dh abs..hehe..Dan pnulis sarankn, skiranya program KBM ni ada kt tmpt korg, baik join..mmg osem,insyaAllah!..

*cik nur, kmu x terangkn pn KBM tu pe..*

Ha ah, kn..tlupe plak nk gtau KBM tu pe..hehe..maaf2..KBM tu stand for “Keindahan BersamaMU”..

Keindahan Bersama Mu
Untuk sama-sama merasai
“Indahnya bersamaMU ya Allah
 Indahnya bersamaMU ya Rasul
Indahnya bersamaMU ya Sahabat”
                                                           *kredit*

Jap..cik nur, mcm tgantung je cta Danbo ni?huhu..Ya, cta Danbo ni blm hbis sbnrnya..insyaAllah akn ada ksinambungannya..(cewah, mcm drama la plak..hehe)..Doakn pnulis supaya rajin utk mnulis ye..amin, insyaAllah.

p/s: tunggu sambungannya ye wpun ‘penantian itu satu penyiksaan’..hehe
Sabar itu indah.. :)

7 Ogos 2012

Dirinya kepenatan~


                                                              *kredit*


Ya RABB..
Amat berduri dan berliku titian yang KAU berikan kepadanya,kata hatinya..
Dirinya kepenatan..permatanya sudah tidak mampu untuk merembes lg..
Kata-kata semangat yang dicengkamnya makin pudar..
Dirinya mencari apa yang diperlukannya..


Ya RABB
Sekian lama dirinya memendam rasa..kadang kala dibiarkannya berlalu sepi..
Sehingga menghadiahkan luka yang begitu dalam..
Tanpa sedar, rasanya itu memakan dirinya sendiri..
Apa yang dipegang, digenggam dan dicengkamnya semakin lama terlerai..
Dirinya kepenatan..
Leraian tersebut ingin sekali dirinya kuatkan dan kukuhkan kembali..
Usai menghadap sang Pencipta, dirinya pasti menadah tangan kepadaMU..
hanya padaNYA, dirinya berserah dan mengharap..
Dikala dirinya tidak dapat melaksanakan,
Zikrullah sebagai pengganti, pengubat hatinya yang makin luka..


Ya RABB.
Dirinya kepenatan..
Mengharapkan dirinya diberikan kekuatan..Kekuatan hati..
Kekuatan anggotanya..kekuatan zahir..dan kekuatan dalam kesabaran..
Dirinya kepenatan…
Tika dirinya masih terkial-kial mencari nur Ilahi, pada luaran dirinya tampak tabah..
Seolah-olah tiada apa yang berlaku..namun hanya dirinya yang merasakan keperitan pada jalan yang ingin diterokainya..
Jalan itu diharapkan dapat menghulurkan lorongnya..
Mempermudahkan titiannya untuk menuju ke destinasi..


Ya RABB..
Dirinya kepenatan..
Dirinya perlukan sandaran untuk memapahnya..
Lalu, dia menemukannya..
Dimuntahkan segalanya kepada dia..namun sebelum mengeluarkan intipatinya, dirinya berfikir..
Berfikir samada untuk melakukannya..lalu dirinya meneruskan hasratnya..
Selesai melepaskannya, dirinya berasa lega..
Walau sedikit cuma..bahunya menjadi ringan seketika..
Namun dirinya mengharapkan amanah itu digenggam rapi..
Hanya itu,,
Kerna bukan mudah untuk dirinya bercerita..
Apatah lagi mengungkapkan kalimah kasih sayang dari bibirnya..
Untuk membuat pengakuan jauh sekali..
Dirinya masih bertatih untuk melaksanakannya..
Berikannya masa dan kesempatan sebelum terlambat..
Dirinya mengharap lagi..


Ya RABB,
Dirinya kepenatan…

31 Julai 2012

Rebah..

                                                              *kredit*


Dirinya rebah,
Percikan yang mengungkapkan seribu makna,
Yang terus mengalir lajunya,
Dia membiarkan kerna memberikan kepuasan,
Bagi dirinya,
Adalah lebih baik untuk rebah sekarang daripada kemudian hari..
Itu yang digengamnya..

Tanpa sedar,
Disaat dirinya kuat dan rebah seketika,
Dirinya mencari sempadan untuk dipimpin,
Ada yang menghulurkannya,
Tanpa sedar,
Dia menghadiahkan beban disekelilingnya,
Mengharapkan ihsan untuk memimpinnya,
Namun,
Dirinya tekad untuk bangkit,
Sampai ke penghujungnya..
Walaupun dirinya membilang waktu,
Dirinya rebah,
Itu yang pasti.

Sebelum dirinya rebah,
Luarannya nampak begitu tabah,
Dimana ya RABB memberikan kekuatan,
Disaat dirinya amat memerlukan,
Tetapi,
Pada jam, minit dan saat itu,
Tanpa disangka dirinya rebah,
Dirinya membiarkan hujan membasahinya,
Mengharapkan esok hari,
Akan ada sinar untuknya…



20 Julai 2012

Hari pertamanya..

                                                                  *kredit*


Alhamdulillah..
Bulan mulia menjelma lagi..
Dirinya bersyukur kerna diberikan peluang..
Diberikan kesempatan..
Untuk “bercinta” denganNYA..
Mengenali dan memahami segalanya..
Lebih dalam lagi..

Hari pertama menerpanya..
Timbul perasaan yang begitu asing baginya..
Takut tidak dapat bertemu lagi..
Lalu ...
Dirinya bertapa disitu..
Jarinya membuka tinta seseorang..
Penulisan dan intipatinya..
Memberikan seribu makna..
Tetapi..
Dia merasakan seperti magnet seketika..
Sedaya upaya dirinya untuk mengerti..
Dan menemui kedamaian disitu..

Masih panjang hari pertamanya..
Tiba waktu gelapnya..
Seutas tali yang kuat simpulnya..
Mengharapkan ia tidak dicemari..
Bukan pada pintu tertentu..
Orang yang begitu dekat dihatinya..
Merasakan terlalu jauh nun disana..
Dipisahi oleh milikNYA..
Berada kanan di kutub utara..
Di kutub selatan pada kirinya..
Perasaan rindu semakin menebal..
Walhal dirinya sukar untuk melafazkannya..
Itu pasti..
Membilang waktu untuk bertemunya..
Berdoa diberikan ksempatan..

Hari pertama..
Menuju ke penghabisannya..
Mengharapkan dirinya terus diberikan nafas..
Untuk melingkari hari seterusnya..
Sehingga ke titik noktahnya..
Dan terus mengharap..
Diberikan kesempatan waktu..
Untuk penggembaraannya..
Sehingga menemukannya..

14 Julai 2012

Tika itu..

                                                         *kredit*


Tika itu..
Perasaan itu kembali menerjah dalam harinya..
Ia datang tanpa dipinta oleh dirinya..
Dirinya hanya mampu bersimpuh disitu..
Mencari kata kuncinya..
Dan mencari terus mencari..
Sehingga ia alpa disekelilingnya..


Tika itu..
Dirinya berasa kosong..
Perasaan yang sukar untuk digambarkan mahupun diceritakan..
Lalu dia berfikir sejenak..
Agak lama ia begitu untuk mendapatkannya..
Namun amat payah sekali untuk dirinya gapai.. 
Hanya dirinya dan ya RABB yang ada jawapannya..
Itu yang pasti..


Tika itu..
Dia merasakan ada lompong didalam qalbinya..
Lalu ia cuba untuk menutupnya..
Walaupun dia mengerti..
Ada suara sumbang yang akan mempertikaikannya..
Dirinya tekad tidak akan berpaling..
Kerana itu membahagiakan dirinya..insyaALLAH.




13 Julai 2012

Ragam manusia.

                                                                    *kredit*

Situasi A:  Ahmad (bkn nama sbnr)melihat kearah jam yang menunjukkan pkul 10 pagi..tiba-tiba didalam hatinya bersuara,bosannya!..lamanya masa nak berlalu..dia melihat disekelilingnya..ada yang melakukan kerja..ada yang bercerita..dan ada juga yang menonton movie..Ahmad mengeluh..sudah seminggu dirinya begitu,..pernah juga Ahmad bertanya kepada pekerja disitu sama ada mereka memerlukan pertolongnnya dan memberikan tunjuk ajar..namun jawapan yang didengarinya amat sedih sekali,” iaitu tunggu je bos datang..kami kat sni tidak tahu apa2”..lalu, Ahmad kembali ke tempat duduknya..


Situasi B: Abu (bkn nama sbnr) menghadap computer..baru tiga hari dia berada disitu, namun tanpa disangka banyak kerja yang perlu dilakukannya..hati kecilnya bersuara, banyaknya keja!..br siap satu, ada lg yg dtg..bla nk habis ni..Abu hanya mampu berdiam diri kerana stiap tugas diberikan pada saat2 akhir dan perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat dan hakikatnya Abu berasa tension apa yang dihadapinya itu..dia cuba untuk menyiapkan kerjanya walaupun dia tahu wujudnya perasaan amarahnya itu..




                   "Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur." ( 34:13)                                                                     *kredit*



Ayat diatas ada menyatakan bahawa golongan yang bersyukur atas nikmatnya adalah amat sedikit.Contohnya situasi diatas..si Ahmad dan Abu mengalami keadaan yang berbeza dimana kedua-duanya merungut dan mengeluh apa yang sedang berlaku.Tanpa mereka sedar, dugaan yang mereka lalui itu ada hikmahnya serta mempunyai kebaikan dan kekurangannya..

Persoalannya disini, apakah kebaikan dan kekurangan bagi kedua-dua situasi diatas yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar oleh si Ahmad dan Abu ini?

Jawapannya...

Jika dilihat dari sudut positif, si Ahmad dapat memanfaatkan masanya itu dengan melakukan kerja yang lain.Ahmad juga tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan projeknya (jika ada) kerana dia dapat mencari dan membuat research dalam keadaan yang tenang..malah, sekiranya si Ahmad terpaksa membuat projek, Ahmad mempunyai masa yang terluang untuk memahami dan mengetahui apa yang dilakukannnya, sekaligus memudahkan  proses jalan kerjanya.Manakala kekurangannya pula, ialah Ahmad kurang menimba ilmu untuk mempelajari sesuatu yang baru walaupun tujuannya datang untuk memperolehi ilmu sebanyak mungkin..

Manakala bagi si Abu pula, kebaikkannya ialah dia dapat menimba ilmu ketika berada dalam organisasinya itu kerana ada pekerja yang lain turut menbantunya, walaupun dia terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan kerja tersebut. Malah, dengan ilmunya itu, si Abu dapat  mempraktikkan didalam projeknya (jika ada), sekaligus si Abu dapat berkongsi dengan yang lain ilmunya itu..namun kekurangannya pula ialah, si Abu terpaksa membahagikan masanya untuk menyiapkan kerja dan projeknya itu...


        "...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
                                                                    *kredit*


Jadi, apa yang penulis dapat simpulkan bagi situasi diatas ialah setiap apa yang berlaku telah tertulis dimana ia adalah perancangan Allah..seperti ayat diatas, dimana pemahaman penulis iaitu walaupun apa yang kita lakukan kadang-kadang,tidak pernah sekali kita menyukainya ataupun sebaliknya walhal Allah telah merencanakn apa yang terbaik untuk kita tanpa kita ketahui. Oleh itu, sebagai hamba Allah kita haruslah sentiasa bersangka baik dan insyaAllah kemanisannya akan dirasai jua samada cepat mahupun lambat..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. :)


#Sebelum memulakan pekerjaan, tetapkanlah di dalam hati dan berdoa bahawa apa yang dilakukan kerana Allah..insyaallah.

##Yang baiknya datangnya daripada Allah, dan yang buruk daripada kekhilafan penulis sendiri..

11 Julai 2012

Duhai hati..

                                                         *kredit*


Duhai hati..
Kuatkanlah hatimu..
Mengapa dan kenapa??...
Kerna hati adalah paling rapuh jambatannya..
Pernah ia memberontak, mempersoalkan dan mengalinya..
Sesuatu yang tidak akan dapat jawapannya..
Sedangkan empunya diri mengetahui ia sudah termaktub dan tertulis..
Itu yang pasti..
Dan dirinya pasrah disitu..

Duhai hati…
Kuatkanlah hatimu..
Disaat dirinya memerlukan seseorang,tiada yang tampil..
Namun dia alpa seketika…
Bahawa ya RABB selalu bersamanya..
Lalu padaNYA dia memuntahkan segalanya..
Titisan-titisan makin laju mengalir…
Dia membiarkan agar diberikan kekuatan dan ketenangan…
Berdiam diri bukan bermaksud dirinya menidakkan atau mengiyakan…
Baginya, itulah tali yang terbaik..

Duhai hati..
Kuatkanlah hatimu..
Tetapkanlah dalam lorong hatimu..
Bahawa setiap duri yang disinggahi…
Akan dirasai kepahitannya..
Namun, kemanisannya akan muncul dikemudian hari..
Dirimu akan perolehi jua..
Kuatkanlah hatimu…
Sesungguhnya, sabar itu indah..