22 Disember 2011

..Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat..

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

14 Disember 2011

..bermulanya……….


Assalamualaikum w.b.t..
..alhamdulillah, penulis dberikan kesempatan utk mnulis kali ini..huhu
…sejak sem baru ni bermula, pnulis agak sibuk sedikit dgn kuliah dan lepak ngan sorg minah ni..hehe :P
….hurm..nk tulis pa ek??tba2 blur..huhu
..pnulis nk share ckit kt korg, sem ni agak mncabar pnulis..mostly subjek yg pnulis ambik sem ni adalah “calculation”..:(
..pnulis agak lemah dalam calculation ni..tp, kna ambik gak la..hopefully, pnulis leh lepas suma subjek sem ni, n leh praktkal sem dpn..(nk praktkal tmpat sendiri, insyaAllah..)
..selain tu, pnulis n kwn2 yg len dok luar sem ni..1st tme la, dok luar ni..mmg kna rush la nak nek bus..xleh nk lengah2 mcm dok kt kolej dulu..hehe
..pnulis pn dh start jogging sem ni..hehe..with hanida n miza..tba2 je nk jog, excted gler!..siap msuk uitm plak tu..ingatkan jauh sgt dr umah sewa, tp dkat je..:P
..start jog ni cos nk jga ksihatan n kuruskn badan..yela, da org gtau pnulis ni dh gmuk..huhu..:(
tp, mmg btul pn pnulis dh gmuk..baru balik cuti sem kn..:)
…lbh kurg 3 mgu kuliah dah stat..pastu, cuti mid sem plak..
..member yg len sumanya blik umah, pnulis je stay kt perlis ni..hurm..
so, dok umah sewa jela with housemate..leh study!.pas cuti ni, ada test..huhu
..conclusionnya, da hikmah stiap pa yg blaku..mgkin hkmah pnulis xbalik, pnulis leh study and prepare utk test.. :)

..nk g mlaka, blm da rezeki lg kot..nk g melaka cos nk mkn mee siput n asam pedas..hehe
..insyaAllah, pnulis akan g gak Melaka tu nti.. :)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' lengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.  KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.   KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.   
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.   
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.    KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.   
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian.  
…..entry ini utk pkongsian bsama..xde niat pun nk myinggung perasaan sape2 dan sbg peringatan buat pnulis jugak..pnulis pn bukannya baik sgt..tp, ingin berubah mnjadi lebih baik..insyaAllah.. ..so, renung2kanlah.. :)

..so, pnulis minta maaf kalo sape2 yg da terasa ke..minta maaf byk sgt2..yg baik dtgnya dr Allah s.w.t, yg buruk dtgnya dr pnulis sendiri..