12 Februari 2011

~migrain!

Migrain???..penulis nak share ckit psal migrain ni...

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

~Antara gejala penyakit migrain ni ialah:
- Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
-Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
- Kepala terasa pening.
- Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

~Rawatan migrain ni..
- Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi.
-Makan ubat panadol PARACETAMOL @ PENAHAN SAKIT
***************************************

..Pnulis share ni cOs penulis salah seorg yg mgalami migrain ni..
..pnulis leh kna migrain ni, bla xcukup tdo..bla dtg jer migrain ni, mmg sakit la..rsa nak hentak kepala kt dinding jer..or ketuk kepala ngan penukul ke or pa2 bnda yg leh hilangkan ksakitan migrain ni....
...xtau nk describe ksakitan tu camna..hanya Allah yg tau..pnulis kalo dah kna migrain ni, satu keja pun xleh wat..tdo je memanjang..tu pun xpat hilangkan ksakitan tu..slalunya bla kna migrain ni, pnulis akan makan panadol n trus tdo..and kna pakai “koyok”..hehe...
...tp, pnulis msih rsa bsyukur cOs pnulis cma kna migrain kalo xckup tdo jer...~alhamdulillah~...pnulis harap penyakit migrain pnulis ni xla teruk sgt..(mengharapkan doa kalian..:)..~amin ya rabb~


Adab sopan ketika berdoa

Beberapa adab sopan seperti yang dianjurkan oleh agama perlulah sama-sama
diikuti sewaktu memohon pertolongan dari Allah. Imam Al-Ghazali
menyenaraikan perkara itu dalam Kitab Ihya Ulumu Din Jilid 1, halaman
306-309. Antaranya ialah:

1. Pada Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan waktu sahur.

2. Dalam keadaan yang khusyuk seperti waktu sujud

3. Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sampai ke garis ketiak, bukan atas lutut.

4. Merendahkan suara, hanya sekadar dapat didengar oleh orang yang ada di sisi kita.

5. Tidak perlu menggunakan kata-kata bersajak, cukuplah dengan kata-kata yang
sederhana serta merendahkan diri, tidak perlu berirama, namun diutamakan doa
yang berasal daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat.

6. Mempercayai dan berkeyakinan dengan doa itu. Tidak kecewa dan gelisah jika
doa belum lagi diperkenankan.

7. Memulakan doa dengan memuji Allah, jangan terus memohon apa yang dihajati.

8. Taubat sebelum berdoa. 

p/s: hrp kta smua dpt amalkan adab ni..~amin ya rabb~

~at langkawi island~

..lbih kurg sebulan penulis x update blog ni..(kciannya kat blog ni, lama dibiarkan~mnta maaf ek~)

..Nak cta pa ek???..hurm..pnulis baru je abs cuti chinese new year one week..:)..msa cuti tu, pnulis ikut kawan pnulis (NURHANIS SYAZLIA) g langkawi..pd mulanya, pnulis nak balik umah family angkat kt kangar tme tu..(nak balik srwk, x berbaloi la cuti smnggu jer..hurm..)tp, before cuti tu, assgmnt bertimbun la plak..so, pnulis plan nak ikut kawan pnulis tu, spya wat assgmnt sama2..(alasan jer, tp xwat gak!..huhu)..

..Ni merupakan kali kedua pnulis g langkawi..yg pertama, tahun lepas ngan SALMA..(miss her a lot!)..

Pnulis dan member pnulis tu g langkawi hari jumaat pg, tp sampai kat langkawi tme ptg..sblm tu, pnulis ngan hanis singgah kangar dlu, nak bli ktas A1 utk assgmnt karto..tp, x jumpa pn..:(..so, kmi decide nk cari kertas A1 tu kat langkawi..smua kdai buku kt langkawi tu kmi pi, tp x jumpa pun ktas tu...last2, mintak tolong kat PIAN tlg blikan ktas tu..~thanks!..~alhamdulillah...

..Hurm..kali ni kat langkawi pnulis x kuar sgt..kalo kuar pun, just jln2 jer..(nak save bajet!..hehe)..pd mulanya nak siapkan assgmnt tme cuti ni (dlm mimpi jer..hehe), tp x wat pun..last2, wat kat kolej gak pas abs cuti..gambar ni tahun lepas punya (first tme g langkawi)..hehe~


                                 ~pemandangan area cable car~

                              ~pemandangan dari atas (last station)


                              ~gayat!..tp, pa2 pun pose dlu!..;P


                   ~rehat jap, pnat naik tangga..pa2 pun, snap!


                        ~muka2 kelaparan, tp smpat pose gak!


            ~inilah pemandangan di langkawi..subhanaAllah!


                ~sempat bgambar gak, wpun pnat!..huhu~

~MALU SEPARUH IMAN~


...~utk perkongsian bersama..pnulis tertarik ngan tajuk artikel ni..so pnulis nak share ngan smua..:)
 
MALU ITU SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.   Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'... 

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.  Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.  

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.  Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.  

Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.  

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakukan muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.   

Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.   

 p/s: ~sntiasalah bemuhasabah diri, agar kita x leka dan lalai dgn permainan duniawi~(utk peringatan dri pnulis gak..)